Plugin Adobe Illustrator · JERSEY SUBLIMATION

Full sistem untuk kilang anda

JERSYNC PRO jana pola ikut saiz, masukkan nama & nombor setiap pemain, dan susun fail print yang jimat kertas. Semua dari satu panel dalam Illustrator.

Windows & MacSetup pola kilang andaFormat AI · PDF · EPS · TIFF
Apa sistem ni buat

Satu template artwork untuk semua saiz

Reka artwork sekali sahaja. JERSYNC PRO masukkan artwork ke pola setiap saiz, letak nama & nombor, dan susun fail print untuk anda.

MASUK

Senarai order

Tampal senarai nama, saiz dan nombor dari Excel. Saiz dan kuantiti diisi terus.

Size,Name,Number
M,ALI,10
L,AMIR,7
XL,HAZIQ,23
PROSES

Satu template

Satu template artwork digunakan untuk semua saiz. Pola setiap saiz dijana automatik, nama & nombor diletak di kedudukan yang sama.

Template: KELAB FC.ai
Saiz: XS S M L XL 2XL
Nama & nombor: auto
KELUAR

Fail print tersusun

Kepingan disusun rapat ikut lebar kertas. Susunan yang sama digabung guna COPY, siap dengan laporan meter kertas.

1 KELAB FC - 1 COPY.ai
2 KELAB FC - 1 COPY.ai
3 KELAB FC - 4 COPY.ai
Laporan: PRINT.csv
Fungsi

Kerja berjam jadi satu klik

Dicipta khusus untuk kilang sublimation.

Isi saiz automatik

Satu klik, semua saiz dan kuantiti terisi dari senarai nama. Nombor yang berulang ditanda untuk disemak.

Proses penuh

Semak job, jana pola, isi nama, susun dan eksport dengan satu butang. Sementara Illustrator berjalan, anda boleh buat kerja lain.

Nama & nombor tepat

Kedudukan nama, nombor dan logo boleh ditetapkan sama untuk semua saiz. Nama yang panjang dikecilkan supaya muat.

Susun jimat kertas

Pilih susunan paling jimat kertas, paling sedikit fail atau ikut saiz. Kepingan boleh diputar supaya lebih rapat.

COPY automatik

Susunan yang sama digabung jadi satu fail dengan COPY. Order baju tanpa nama yang banyak jadi beberapa fail sahaja.

Pola kilang sendiri

Kami tolong setupkan pola kilang anda.

Laporan meter & masa

Setiap job direkod: bilangan fail, panjang kertas termasuk COPY dan masa proses.

Format ikut RIP

Simpan dalam AI, PDF, EPS atau TIFF. Ada pilihan mirror, dan nama fail boleh ikut format kilang.

Update online

Windows & Mac. Update terus dari butang Kemas kini dalam panel.

Cara guna

Empat langkah, satu panel

Bila pola kilang dah setup, setiap job baru cuma tampal senarai dan tekan Proses penuh.

  1. 1

    Job

    Isi nama job, pilih saiz & kuantiti atau tampal senarai nama, semak job.

  2. 2

    Pola

    Tanda nama, nombor dan logo dalam artwork. Pola dijana untuk setiap saiz.

  3. 3

    Susun

    Kepingan disusun ikut lebar kertas dan mod yang anda pilih.

  4. 4

    Hasil

    Fail print siap dengan COPY dan laporan, terus ke RIP.

Demo online

Cuba buat satu job

Isi nama job, pilih saiz baju Round Neck, dan tengok macam mana pola dijana dan disusun. Ikut kotak panduan langkah demi langkah.

Nota: Demo ini hanya gambaran cara plugin berfungsi. Panel tidak 100% sama seperti dalam Illustrator, dan reka bentuknya mungkin berubah mengikut kemas kini akan datang.
Untuk pengalaman sebenar, buka demo ini dengan PC atau desktop.
Demo: Round Neck (RN) · lengan pendek & panjang · maksimum 50 helai
Adobe Illustrator
ARTWORK RN.ai @ 8% (CMYK/Preview)
PropertiesLayersJERSYNC PRO
JERSYNCPROby Solo Creative
DEMO
LANGKAH 1 · TEMPAHAN

Satu job, semua saiz 0 HELAI

Maklumat job

Saiz & kuantiti

Nama & nombor pilihan

Tanpa senarai nama, baju yang sama digabung guna COPY.

Senarai semak

LANGKAH 2 · POLA ASAS

Masukkan artwork ke dalam pola

Sumber

Dari artworkARTWORK RN.ai (dokumen aktif)
✓
Master polaRNeck · XS–10XL · SS & LS
✓

Tandakan artwork

Nama 1BODY_BACK · NAME
Sedia
Nombor 1BODY_BACK · NUMBER
Sedia

Pola disimpan dalam folder 01_POLA, 8 set setiap fail.

LANGKAH 3 · SUSUNAN

Susun untuk printing

Tetapan susunan

LANGKAH 4 · HASIL

Fail print sebenar

Dalam plugin sebenar, fail .ai siap print disimpan dalam folder job bersama laporan PRINT.csv. Request free trial 7 hari untuk cuba dengan pola kilang anda.

Request free trial 7 hari
Sedia.
Perlu Adobe Illustrator ke?

Ya. JERSYNC PRO ialah plugin (panel) dalam Adobe Illustrator. Fail print dijana terus dalam Illustrator di komputer anda.

Boleh guna pola kilang sendiri?

Boleh. Kami akan bantu sediakan pola guna pola kilang anda sendiri, berserta template artwork.

Ada bantuan setup?

Ada. Kami akan guide setting plugin ikut kesesuaian kilang anda. Kami juga boleh hadir ke kilang untuk bantu setup.**Tertakluk pada kawasan dan perlu buat temujanji.

Windows atau Mac?

Kedua-duanya. Satu pemasang untuk Windows dan Mac.

Ada trial?

Ada, free trial 7 hari. WhatsApp kami untuk dapatkan pemasang dan bantuan setup.

Berapa harga?

Hubungi kami untuk harga dan pakej yang sesuai dengan kilang anda.

Demo ni sama dengan plugin?

Langkah kerja sama seperti plugin. Susunan dalam demo dikira secara ringkas sebagai gambaran sahaja. Plugin sebenar guna kiraan susunan yang lebih padat dan jimat kertas, dan fail sebenar dijana terus dalam Illustrator.

Cuba dengan job anda sendiri

Trial percuma 7 hari. Kami bantu sediakan 2 pola kilang anda untuk anda cuba sendiri, template kami sediakan.